Apa guna menteri jawab tujuh, lapan soalan sahaja sehari? - Fuziah
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh meminta semua jemaah menteri memberi masa secukupnya kepada ahli-ahli Parlimen mengutarakan soalan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Beliau melahirkan rasa terkilan tidak dapat mengemukakan soalan kerana menteri mengambil masa terlalu lama untuk menjawab setiap soalan lain.

Perkara itu turut dipersetujui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.