Tidak sukar PN untuk menang: Sanusi
  • 8 bulan lalu
Tidak sukar PN untuk menang: Sanusi

BERITA SEMASA 12 OGOS 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Beliau yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri menjelaskan sangat yakin berdasarkan gelombang PN di Kedah yang bertambah kuat berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ditanya mengenai potensi PN secara keseluruhan di enam negeri yang berdepan PRN, Sanusi merasakan akan wujud perubahan di beberapa negeri tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273355/berita/politik/tidak-sukar-untuk-pn-menang---sanusi

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PilihanRayaNegeri #KuasaRakyat #PRN2023