PRN: Shahidan yakin PN menang 36 kerusi di Selangor
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 8 OGOS 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin Perikatan Nasional (PN) mampu memenangi 36 daripada 56 kerusi di Selangor sekali gus membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Jelasnya, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian terbaharu dan pengalaman beliau sepanjang turun menyertai ceramah.

Faktor penyumbang itu juga didorong hasil sokongan daripada pengundi Cina dan India.

Artikel: https://go.sinar.la/3OMrvwJ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa