'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi
  • 3 bulan lalu
'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, tiada niat untuk melengah-lengahkan prosiding dua kes menyebut perkataan menghasut yang dipertuduhkan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Selayang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Sebaliknya, beliau berkata, tuduhan itu merupakan suatu andaian semata-mata.

Jelasnya, sudah menjadi hak beliau untuk memindahkan kes malah ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang.

Semasa prosiding, peguam, Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Sanusi selaku permohon berkata, pihak pembelaan telah menerima afidavit jawapan daripada pihak pendakwaan menerusi e-mel, pada Selasa.

Oleh itu, pihaknya berharap mahkamah memberi masa 14 hari untuk mereka membalas afidavit tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob membantah perkara itu dengan menyatakan, mahkamah telah memberi masa yang lebih daripada mencukupi bagi pihak pembelaan berbuat demikian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645988/berita/semasa/saya-tidak-lengah-lengahkan-kes-mahkamah---sanusi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusi #Mahkamah