'Swing' PN mula reda, data tunjuk saingan sengit di Kedah, Kelantan - Rafizi

  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 4 JULAI 2023

PKR mendakwa 'swing' yang diterima Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu telah mula mereda pada kadar yang signifikan.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata corak perubahan itu berdasarkan data kajian setakat Jun lalu, yang mana data tersebut, katanya akan didedahkan dalam masa terdekat menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).