Pas sudah lama wujud kuasai Kelantan, Terengganu, Kedah
  • 10 bulan lalu
BERITA MOJO 24 JUN 2023

Pas sememangnya layak memperoleh bilangan kerusi lebih banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana parti itu sudah lama wujud, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menambah walaupun Pas memperoleh kelebihan lebih banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah namun Bersatu juga mempunyai lebih kerusi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/JrCs

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian
Disyorkan