Tempe sumber protein tambahan kepada murid sekolah - FAMA

  • 7 hari lalu
Tempe sumber protein tambahan kepada murid sekolah - FAMA

BERITA SEMASA 14 MEI 2024

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di Pahang, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Sebagai projek perintis, FAMA membekalkan 50 kilogram (kg) tempe kepada 900 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garuda sepanjang tujuh sesi yang diadakan secara berperingkat.

Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, usaha itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak mengetahui bahawa makanan tradisional ini juga mempunyai khasiat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664720/edisi/pahang/tempe-sumber-protein-tambahan-kepada-murid-sekolah---fama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Fama #Tempe