Tony Pua umum tak bertanding PRU15, tetap bantu parti

  • 2 years ago
Penyandang ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mengumumkan keputusannya untuk tidak menyertai PRU15 akan datang, namun pada masa yang sama berjanji untuk terus membantu parti itu.

Pua membuat pengumuman itu pada majlis makan malam dan kutipan dana DAP Damansara yang diadakan malam tadi.

Mengulas lanjut, Pua berkata dia akan memainkan peranan jika gabungan itu kembali menjadi kerajaan persekutuan selepas PRU15.

Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/877904109865756