NGO pelbagai agama tuntut ‘pembaharuan’ dari parti bertanding

  • 2 years ago
Sekumpulan pemimpin dan NGO pelbagai agama menuntut parti-parti bertanding dalam pilihan raya umum melakukan “pembaharuan”, antaranya dengan meletakkan calon bebas rasuah dan bersedia terlibat dalam debat terbuka.

Mendakwa mewakili lima juta orang anggota, ketua pengarah eksekutif Perikatan Gabungan NGO Islam Malaysia (Accin) Mohd Jamaludin Shamsudin berkata ketika mengumumkan “deklarasi” lapan perkara di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.