Musa tidak pernah mohon bertanding di bawah tiket BN - Bung Moktar

  • 4 years ago
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman tidak pernah memohon untuk menjadi calon Barisan Nasional untuk pilihan raya negeri kali ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin selepas mengumumkan calon Umno dalam pilihan raya Sabah dalam satu sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam Musa Aman memberi bayangan akan bertanding di kawasan DUN baharu, Sungai Manila dan tidak akan mempertahankan kerusinya di Sungai Sibuga.

Dia sebelum ini dilihat sebagai saingan Bung Moktar dan calon ketua menteri jika BN memang dalam pilihan mengejut ini.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542016