Mahkamah | Bekas pesakit COVID-19 didakwa cabul jururawat
  • 2 tahun lalu
Seorang bekas pesakit COVID-19 didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan mencabul seorang jururawat wanita di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang 8 Mac lepas.

Tertuduh, Mohd Ridi, 55 tahun yang mengusahakan kedai runcit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret M. Kalaiarasi pagi tadi.