Cerita Normal Baharu: Kehidupan bekas pesakit & balu COVID-19
  • 2 tahun lalu
Penularan COVID-19 memaksa kita mengubah segala aspek kehidupan kepada "normal baharu" bermula sekarang. Tetapi bukan hanya syarikat atau organisasi yang perlu mengubah pelbagai rutin mereka kepada normal baharu ini. Kehidupan seorang bekas pesakit COVID-19, terutamanya selepas kehilangan orang tersayang akibat wabak tersebut, berubah selama-lamanya. Bagi mereka, mereka tiada pilihan melainkan untuk terus hidup dengan “normal baharu” ini, beserta semangat untuk meneruskan kehidupan dengan baik walaupun telah mengalami kehilangan yang getir. Kami berbual bersama Aiza Syafinaz Shahak, bekas pesakit dan balu COVID-19.