Bekas pesakit COVID-19 perlu patuhi tempoh kuarantin
  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan menasihati bekas pesakit COVID-19 untuk tidak menerima pelawat sekiranya masih berada dalam tempoh kuarantin 14 hari di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selepas 14 hari, mereka boleh menerima pelawat dengan syarat mematuhi garis panduan yang ditetapkan.