Isu lagu Negaraku: Beri peringatan, jangan ambil tindakan

  • 2 tahun lalu
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta supaya tiada siasatan berhubung laporan mengenai nyanyian lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin dan Arab.

Sebaliknya beliau menyarankan pendekatan yang lebih baik diambil iaitu dengan memberi peringatan kepada pelajar dan sekolah bahawa negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.