Aksi TPM guna bahasa isyarat nyanyi lagu Negaraku

  • 5 years ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencuri tumpuan apabila dilihat menggunakan bahasa isyarat ketika dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku. Wan Azizah dilihat mengikuti gerak penterjemah bahasa isyarat yang berada di pentas semasa acara berlangsung.Wan Azizah hadir di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Putrajaya hari ini.