Program lagu Negaraku di pawagam

  • 6 years ago
Janggal! Itulah perasaan yang dirasai rata-rata penonton ketika buat pertama kali mendengar nyanyian lagu kebangsaan di pawagam pada akhir Ogos tahun lalu. Sejak dari tempoh itu, suasana menonton wayang di pawagam, yang sebelum ini menjadi aktiviti santai tanpa sedikit pun menagih semangat patriotisme, memberi pengalaman baharu kepada penonton apabila nyanyian lagu negaraku dikumandangkan sebelum tayangan filem. Sempena sambutan hari kemerdekaan ke-57 negara, sekali lagi lagu negaraku akan dikumandangkan di panggung wayang seluruh negara, bertujuan menerapkan semangat patriotisme dan kesetiaan terhadap negara. Wartawan, Asyraf Hasnan sudah bersedia dengan laporan bersempena dengan Majlis Pelancaran Program Lagu Negaraku dan promo Merdeka di pawagam yang akan berlangsung malam ini.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani