'Rakyat Indonesia yang tolong kami' - Mangsa banjir 'sekolahkan' Noh

  • 2 years ago
Seorang mangsa banjir di Hulu Langat semalam meluahkan kekecewaannya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar berhubung kelewatan bantuan banjir daripada agensi-agensi kerajaan.

Wanita itu turut berkongsi bahawa hanya beberapa warga Indonesia yang berusaha membantu menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap dari tengah malam sehingga jam 5.30 pagi.

Terdahulu, Noh melawat mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor.

Sumber video: Media sosial