'Kepimpinan negara lemah, rakyat jadi mangsa!' - Fuziah
  • 3 years ago
Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh mengkritik pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional kerana dilihat tidak sepakat dalam memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Terdahulu, pertentangan antara dua menteri kanan iaitu Azmin Ali dan Ismail Sabri terus diperkatakan semalam, apabila Ismail dalam sidang medianya semalam berkata, soalan berkenaan kebenaran operasi perlu dikemukakan kepada Miti.

Fuziah berkata demikian dalam Kongres Nasional Wanita Keadilan kali ke-15 yang diadakan secara maya, hari ini.

Sumber video: https://fb.watch/5Vvc7bts8_/