Dewan Rakyat kecoh pantun Noh pada Guan Eng
  • 6 years ago
Sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar memberikan serangkap pantun di sesi pertanyaan lisan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung perkembangan terkini perbincangan Kerajaan dengan Kerajaan China berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Lim bagaimanapun meminta Noh menarik balik kata-kata akhir di pantun iaitu "Menteri jawab janganlah tipu" namun ahli Parlimen BN itu menegaskan maksud ayat itu supaya menteri menjawab dengan penuh fakta dan tidak mengelirukan dewan.