'Gombak mengaku tak ada telefon Speaker?' - MP DAP cabar Azmin
  • 3 years ago
Beberapa ahli Parlimen DAP hari ini mencabar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali untuk menjawab jika beliau merupakan menteri kanan yang didakwa menghalang Nga Kor Ming (DAP - Teluk Intan) daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang "menteri kanan" telah menghalang Nga yang telah diundang secara bertulis untuk mempengerusikan sidang Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.