Polis Johor lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM28.91 juta
  • 3 years ago
Polis Johor akan melupuskan sebanyak 1,765 kilogram (kg) dan 3,717 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM28.91 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua dadah yang dilupuskan itu merupakan barang rampasan bagi 17,535 kes yang direkodkan antara 2000 sehingga tahun lalu.

Katanya, antara dadah yang dilupuskan itu antara dadah jenis heroin sebanyak 191.3kg, kanabis (84.7kg), ketamin (24.5kg), methamphetamine (92.3kg).

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=392148052427103&ref=watch_permalink