'Katak lompat tak kira masa' - Azalina gesa RUU antilompat parti dibentang segera
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said meminta agar usul rang undang-undang antilompat parti yang dibawanya sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat dengan secepat mungkin.

Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata, RUU ini juga perlu memberi kuasa kepada pengundi melalui referendum untuk menentukan nasib ahli parlimen yang telah meninggalkan parti mereka.

Tambahnya, kerajaan juga harus menyedari hakikat bahawa perubahan kesetiaan wakil rakyat tidak selalunya dilakukan dengan pilihan mereka.