'Kalau kita menang, berlakulah lompat si katak lompat'

  • 5 years ago
Kerjasama Umno, PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru-baru ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak pada 17 September tahun lalu menjadi pencetus kepada kerjasama dua parti itu.

Katanya, kerjasama Umno dan PAS penting sekiranya pembangkang ingin membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Malah katanya, rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC juga sudah dapat menerima kerjasama Umno, PAS dan ia diterjemahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian pada Sesi Teh Tarik Bersama Media di Kuala Lumpur, semalam.