'Kita boleh letak calon berkelulusan, tapi kalau melompat tidak ada gunanya'
  • 4 years ago
Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini menyatakan kesetiaan kepada parti merupakan kriteria utama calon yang akan dipilih untuk bertanding mewakili Warisan dan sekutunya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ini selepas cubaan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman merampas kuasa dengan menarik anggota DUN gagal susulan Tuan Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN atas nasihat Shafie, membuka jalan untuk PRN baru.

"Kita boleh letak pemegang ijazah, pakar, doktor tetapi jika esok mereka melompat, apa gunanya? Apa yang penting ialah mereka perlu setia pada perjuangan," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu yang disiarkan secara langsung oleh Borneo Today di Facebook.

Sumber video: https://www.facebook.com/borneotodaytv/videos/2704693526525271/
Recommended