Anwar usul bentang RUU antilompat parti sebelum akhir Mei
  • 2 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan agar RUU antilompat parti dibentang sekurang-kurangnya sebelum akhir Mei nanti.

Tindakan itu katanya bagi membolehkan RUU pindaan perlembagaan dibentang bersama RUU antilompat dan dia berharap perdana menteri mempersetujui perkara tersebut.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan berhasrat agar RUU antilompat parti dibentangkan semasa persidangan parlimen pada Julai.