Ismail tak dapat pangku tugas kalau PM letak jawatan - Kit Siang
  • 3 years ago
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang melihat peluang untuk Ismail Sabri Yaakob memangku jawatan perdana menteri jika Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai tipis.

Menolak kenyataan naib presiden Umno Khaled Nordin semalam, Lim menegaskan seluruh kabinet akan terbubar jika perkara itu berlaku.

Kata Lim, kenyataan Khaled itu dibuat tanpa mempedulikan fakta perlembagaan bahawa kabinet akan terbubar selepas perdana menteri meletak jawatan.