Speaker letak jawatan dalam parti pada 1 Julai

  • 6 years ago
Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak 1 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha agung parti itu Anuar Tahir hari ini, selepas Ariff mengangkat sumpah jawatan di parlimen.

Justeru, kata Anuar, beliau kini seorang anggota biasa parti gabungan Pakatan Harapan itu.

Menurutnya, Ariff sebelum ini menjadi anggota Majlis Penasihat Pakar AMANAH merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib.