Kalau sayalah anak buah (ada buat) begitu, saya letak jawatan, bubar saja parti
  • 5 years ago
Abdul Hadi Awang berkata beliau akan meletak jawatan dan membubarkan PAS jika ada antara anak buahnya terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Bercakap kepada perwakilan dan pemerhati Muktamar Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City dekat Kuantan hari ini presiden PAS itu berkata tidak ada tolak ansur dalam parti itu jika ia melibatkan isu moral.

"Kalau sayalah anak buah (ada buat) begitu, saya letak jawatan, bubar saja parti.

"Pada kita, moral adalah teras parti," katanya.

Kata Abdul Hadi beliau tidak mahu menyebut mana-mana nama dalam kenyataan tersebut, sebaliknya cuma berkias.

"Media (sila) laporkan, PAS menolak pemimpin parti politik yang aktivitinya tidak bermoral.

"Kita tidak mahu sebut nama, siapa makan cili api dia rasa pedas," katanya.

"Media (sila) laporkan, PAS menolak pemimpin parti politik yang aktivitinya tidak bermoral.

"Kita tidak mahu sebut nama, siapa makan cili api dia rasa pedas," katanya.