'Kenapa sekarang lantik TPM?, PM8 memang tersepit' - Puad
  • 3 years ago
Perdana Menteri didakwa membuat pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kanan dalam kalangan ahli Parlimen Umno kerana beliau dalam keadaan tersepit.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zakarshi berkata, Muhyiddin Yassin boleh sahaja melantik TPM sejak awal lagi.

Jelasnya, lantikan itu bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi untuk selesaikan masalah PM 8 dengan Umno.