Puad dakwa Muhyiddin mahu Faizal Azumu jadi TPM

  • 2 years ago
Ahli MKT Umno, Mohd Puad Zarkashi mendakwa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mahu timbalannya Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ini selepas Muhyiddin mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan pelantikan kabinet - termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang kosong.