Kebenaran beroperasi Top Glove ketika PKPD ditarik semula - sumber Miti
  • 3 years ago
Kebenaran kilang Top Glove Sdn Bhd untuk beroperasi ditarik semula pada saat akhir sewaktu pelaksanaan PKPD.

Menurut sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini, surat kebenaran yang dimuat turun mereka sebelum ini tidak boleh diguna pakai.

Jelas sumber, hal ini kerana kilang tersebut tidak berada di bawah senarai perkhidmatan penting dalam SOP Majlis Keselamatan Negara.