'Rakyat Malaysia tak mahu pesawat Israel lalu ruang udara'
  • 3 years ago
Kerajaan tidak seharusnya membenarkan pesawat milik syarikat Israel melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

"Saya rasa kerajaan kita tak sedar mengenai perasaan rakyat negara ini yang tidak mahu melihat pesawat Israel melintasi ruang udara Malaysia," katanya ketika diminta mengulas insiden itu

Mengulas insiden pencerobohan 16 pesawat China Isnin lalu, Dr Mahathir berpendapat kerajaan China akan menghormati pendirian Malaysia kerana Malaysia bukanlah negara yang memusuhi mana-mana negara secara melulu.