'Cara vaksinasi Covid-19 berbeza, doktor am akan diberi latihan' - KJ

  • 3 years ago
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini menjawab kritikan karenah birokrasi menganggu kelancaran usaha melibatkan doktor am (GP) dalam program vaksinasi Covid-19.

Jelas menteri penyelaras vaksinasi itu, kerajaan sedang berusaha untuk menangani prosedur birokrasi yang menganggu kelancaran itu.

Pun begitu, Khairy berkata doktor am masih memerlukan persiapan kerana vaksin Covid-19 berbeza dengan vaksin lain.

Recommended