'Adakah KJ akan dikena tindakan kerana berbahasa Inggeris di luar negara?'
  • 2 years ago
Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan saranan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali agar Jabatan Perkhidmatan Awam meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas penjawat awam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia di dalam perkhidmatan awam.

Dalam satu rakaman video hari ini, ahli Parlimen Muar itu turut mempersoalkan sekiranya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan dikenakan tindakan kerana berbahasa Inggeris di luar negara.

Khairy baru-baru ini menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris ketika berucap di pentas Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75, di Geneva, Switzerland.