'Berlaku kesilapan manual' - KJ ulas temu janji vaksinasi pada hari PPV tutup
  • 3 years ago
Insiden di mana sesetengah orang mendapat temu janji vaksinasi pada hari minggu, ketika pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditetapkan untuk mereka ditutup, berlaku kerana "kesilapan manual", kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung ada yang pergi ke PPV untuk menerima vaksin pada hari minggu dan mendapati pusat tersebut ditutup.