MCA temui pembersih tangan tak berkesan dalam tinjauan di Selangor
  • 3 years ago
Satu pasukan daripada MCA Selangor telah menemui sejumlah pembersih tangan yang tidak berkesan yang disediakan di kedai-kedai makan dan pusat membeli-belah di negeri itu.

Ini berikutan aduan orang ramai bahawa mereka merasa curiga dengan kualiti pembersih tangan yang disediakan oleh kedai-kedai tertentu, terutama dalam botol plastik yang tidak jelas.

Ketua Jawatankuasa Pemantau Hal Ehwal Kerajaan (GMC) MCA, Wong Kok Fye berkata pasukannya telah melakukan tinjauan terhadap 72 sampel dan mendapati ada botol yang hanya diisi air sabun atau alkohol yang dicairkan.