Cuai, bukan sabotaj dalam tumpahan diesel Sg Selangor
  • 5 years ago
Polis telah menolak unsur sabotaj dalam tumpahan diesel yang mencemarkan air mentah di Sungai Selangor, baru-baru ini. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata siasatan yang berterusan mendapati bahawa kejadian itu mungkin disebabkan oleh kecuaian oleh pekerja pihak syarikat yang diupah oleh kerajaan negeri untuk membersihkan sungai.

Pada 21 Julai lalu, pencemaran diesel di Sungai Selangor mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas yang mana menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian pencemaran terhadap sumber air mentah di Sungai Selangor itu.

Empat loji rawatan air kemudian terpaksa ditutup.