'Bukan ugut PM tapi dalam Islam, apabila berjanji mesti kena tunai'
  • 2 years ago
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa dia mengugut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menunaikan perjanjian antara PN dan PM.

Muhyiddin berkata demikian kepada media dalam sebuah majlis pelancaran buku, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam. PN berkata mereka kecewa dengan Ismail Sabri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting terkandung dalam perjanjian itu.