Syarikat penerbangan mesti pulangkan wang tunai - Matta
  • 4 years ago
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata syarikat penerbangan seharusnya memulangkan bayaran tunai dan bukan menawarkan "kredit" untuk penerbangan yang dibatalkan semasa pandemik Covid-19.

Naib Presiden Matta (Pengangkutan Udara), Shazli Affuat Ghazali juga melahirkan kekecewaan berhubung sikap membungkam kerajaan terhadap syarikat penerbangan yang enggan membuat pembayaran balik.