Banjir Selangor: 'Saya terpaksa campur tangan kerana kelemahan negeri, daerah'
  • 2 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengakui terpaksa campur tangan dalam urusan pengurusan bencana banjir di Selangor susulan kelemahan yang berlaku di peringkat negeri dan daerah.

Katanya, Jabatan Meteorologi mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat termasuk di Selangor, namun tidak dipedulikan sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana.

Ini menurut Ismail, terdapat andaian bahawa hanya negeri di pantai timur Semenanjung yang akan terjejas banjir akibat luruan monsun.
Recommended