Reka bentuk hospital perlu diubah ikut norma baharu - Dr Adham

  • 3 years ago
Keseluruhan reka bentuk hospital pada akan datang perlu diubah bagi melibatkan norma baharu untuk memastikan keberkesanan menangani penularan pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata reka bentuk baharu itu perlu mengambil kira elemen yang boleh mengawal risiko penularan jangkitan di kalangan manusia dalam hospital.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas merasmikan Forum Pembangunan dan Strategi Hospital Masa Hadapan 2021 di Kuala Lumpur hari ini.