Perarakan Thaipusam 'norma baharu', polis iringi ke Batu Caves

  • 3 years ago
Perarakan pedati arca Dewa Murugan dari kuil Sri Mahariaman di Kuala Lumpur ke kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves diiringi oleh sepasukan polis pada malam perayaan Thaipusam.

Berikutan perlaksanaan PKP, penganut Hindu tidak dibenarkan menghadiri upacara di kuil atau mengikuti perarakan Thaipusam untuk pertama kalinya dalam sejarah perayaan ini.

Susulan itu, pedati yang membawa arca Dewa Murugan hanya mengambil masa tiga jam untuk sampai ke Batu Caves berbanding tahun-tahun sebelumnya yang memakan masa hampir 16 jam.