Pergerakan ahli parlimen perlu ikut SOP zon tertentu - Redzuan
  • 3 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof hari ini berkata, pergerakan setiap ahli parlimen yang keluar masuk ke kawasan parlimen masing-masing perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di zon-zon tertentu.

Beliau menjawab soalan Shahidan Kasim (BN-Arau) sekiranya kerajaan bercadang untuk mewajibkan kuarantin kepada ahli parlimen yang keluar masuk ke kawasan parlimen di zon merah bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.