'Kenapa SPR tak selesai isu Undi18 dalam dua tahun_' - Maria Chin
  • 3 years ago
Penangguhan perlaksanaan Undi18 sepatutnya tidak berlaku kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai cukup masa untuk menguruskan isu teknikal berhubung perkara itu, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin.

Maria merupakan salah seorang daripada tiga ahli Parlimen yang dipanggil memberi keterangan berhubung kehadiran ke himpunan Undi18 di luar Parlimen Sabtu lalu.

Dua yang lain adalah ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Recommended