'Tinggal 2 hari baru nak beritahu, kenapa tak arah dari mula' - Wee terkilan dengan SPR
  • 4 years ago
Calon BN Wee Jeck Seng meluahkan rasa terkilan susulan kenyataan pihak berkuasa supaya parti politik memohon permit untuk berkempen rumah ke rumah pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Jelasnya, ini telah menyukarkan pergerakan calon untuk mendekati rakyat sepanjang tempoh kempen berkenaan.

Terdahulu,Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun mengingatkan semua parti dan calon untuk mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya ingin berkempen dari rumah ke rumah.

“Saya terkilan kerana selama ini saya kempen dengan begitu bebas, sekarang nak jumpa pengundi rumah ke rumah kena minta permit.
Recommended