'Kenapa nak salahkan rumah kami kalau banjir tetap datang_ Ini tak adil'
  • 4 years ago
Sebanyak 20 rumah yang terletak di rizab sungai di Desa Subang Perantau dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling hari ini bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pelempas.

Dalam satu sidang media, pemilik-pemilik rumah yang dirobohkan mempertikaikan projek tebatan banjir itu dan menyatakan bahawa projek itu tidak memerlukan tanah yang besar.

Menurut seorang wakil penduduk, kerajaan Selangor tidak boleh menyalahkan rumah mereka sekiranya banjir masih berlaku dan perlu menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu bersama agensi-agensi berkaitan.

Beliau juga menjelaskan penduduk telah menerima pampasan untuk berpindah keluar daripada kediaman, namun tidak setimpal dengan nilai rumah yang dirobohkan.

Sumber video: https://www.facebook.com/312456128784829/videos/353569212359687
laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/541209
laporan lanjut: https://youtu.be/iiEZ_DGosPA

Recommended