'Kenapa aniaya vendor_' - Penghantar mahu Foodpanda selesai masalah vendor

  • 3 years ago
Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) hari ini menyuarakan tiga permasalahan yang dihadapi oleh peniaga atas talian (vendor) yang menggunakan perkhidmatan aplikasi FoodPanda.

Pengerusi Penghantar, Zulhelmi Mansor menyifatkan masalah tersebut, antaranya kelewatan pembayaran kepada vendor dan juga mengenakan caj tersembunyi kepada mereka sebagai satu bentuk 'penindasan dan penganiayaan'.

Menurut Zulhelmi, sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, ia turut akan memberi kesan kepada pendapatan pemandu p-hailing yang turut bergantung kepada vendor-vendor tersebut.