'Sayangi dan hargai diri' - Permaisuri Agong ucap Selamat Hari Wanita Sedunia
  • 3 years ago
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini tidak ketinggalan menzahirkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia hari ini kepada wanita di Malaysia.

Dalam titahnya, baginda mengingatkan wanita untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri kerana wanita yang bahagia mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan di sekelilingnya.