Covid-19_ 2,063 kes baru, peningkatan di Sarawak, Pulau Pinang
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,063 kes Covid-19 baru dikesan berbanding 1,745 kes semalam, manakala lima lagi menjadi korban virus berkenaan.

Selangor mendahului kes harian tertinggi dengan 630 kes, diikuti oleh Sarawak 361 kes dan Pulau Pinang 337 kes.

Sementara itu lima lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian mencecah 1,153 kes.