Menteri perjelas faedah isytihar darurat dalam tangani Covid-19
  • 3 years ago
Hospital swasta yang tidak memberikan kerjasama, enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, boleh dipenjara serta didenda sehingga RM5 juta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata hospital swasta boleh diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KMM) dalam apa juga cara untuk membantu merawat individu yang dijangkiti COVID-19.

Katanya, Ordinan Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan memudahkan tugas kerajaan mengatasi penularan COVID-19 khususnya dalam konteks kesihatan.